Ahad, 8 Mei 2016

Ceramah Motivasi "Integriti Perkhidmatan Awam" di Mahkamah Kuala Lumpur


8 Mei 2016, Kuala Lumpur : Satu Program Ceramah Motivasi Pembangunan Modal Insan telah diadakan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan yang bertugas di Mahkamah Kuala Lumpur. Program ini telah berlangsung di Bilik Seminar, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL).

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Motivasi Integriti Perkhidmatan Awam".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: