Jumaat, 11 Disember 2009

Majlis Pertemuan Pendebat USIM dengan VC USIM

Bersempena kejayaan pendebat Bahasa Melayu (Kategori Muda) dan pendebat Bahasa Arab menjuarai Debat Piala DiRaja 2009 di dalam kategori masing-masing, telah membawa kepada pertemuan pendebat-pendebat USIM dengan Y.Bhg Prof. Dato Naib Canselor USIM. Pertemuan tersebut telah diatur mulai jam 8.30 pagi 10 Disember 2009 bertempat di Bangunan Canselori USIM. Pertemuan yang berlangsung selama sejam ini telah diadakan di Dewan Senat, USIM.
.
Di dalam ucapan Y.Bhg Prof Dato Naib Canselor memuji kejayaan USIM yang telah berjaya membuka mata pasukan lain dengan memecahkan tradisi menjadi pasukan yang kini disegani di arena perdebatan negara. Kejayaan ini merupakan satu kejayaan besar bagi USIM dan memerlukan usaha yang gigih dan berterusan.
.
Turut dijemput ke majlis ini adalah Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail (Presiden ADAM) yang telah bertanggungjawab memberikan nasihat serta tunjuk ajar kepada para pendebat di dalam setiap pertandingan debat yang disertai, ketika ditanya pandangan beliau, beliau menyatakan,"Sebenarnya, kejayaan ini datangnya daripada usaha pendebat. Saya cuma membantu dari segi idea, pengembangan konsep debat serta teknik penghujahan. Tidak lebih daripada itu. Selebihnya bergantung kepada pendebat itu sendiri untuk melaksanakan di dalam pentas perdebatan."
.
Dari segi harapan sebelum pertandingan,"Tiada siapa pun menjangka yang USIM akan menang dalam pertandingan ini. Namun dengan status 'underdog' ini telah membantu USIM menang kerana bertanding tanpa sebarang tekanan. Tengoklah pada pasukan debat Bahasa Arab USIM, siapa sangka yang akhirnya pada tahun ini juara bertahan (UIAM) telah berjaya USIM tumbangkan. Itulah yang dikatakan sebagai hasil bertanding tanpa sebarang tekanan".
.
Dengan kejayaan ini diharapkan USIM akan terus berusaha gigih bagi memantapkan pasukan. Sesungguhnya perjuangan masih panjang. Untuk mencapai kejayaan lebih mudah berbanding mempertahankannya.
.
Y.Bhg Prof Dato Naib Canselor USIM menyampaikan amanatnya kepada pendebat USIM
Amanat beliau di dengar dengan penuh ketenangan di dalam Dewan Senat
Barisan pendebat Bahasa Melayu
Gabungan pendebat Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
Amar menyampaikan piala daripada pasukan Bahasa Melayu kepada Y.Bhg Prof Dato NC
Giliran pasukan Bahasa Arab pula menyerahkan piala pusingan
Sesi bergambar di hadapan lobi Bangunan Canselori USIM
Bergambar dengan di hadapannya dua piala yang menjadi simbol kejayaan
Simbol dan bukti kemenangan yang akan terpahat di dalam lipatan sejarah
Y.Bhg Prof Dato Naib Canselor bergerak meninggalkan ruang lobi kerana ada mesyuarat lain yang perlu dihadiri
Sempat berbual mesra dengan Saudara Syamsul
Sempat juga berbual bicara dengan Timbalan Naib Canselor
Bergambar bersama Saudara Syamsul
Inilah pasukan muda yang bakal berjuang semula di peringkat yang lebih mencabar mulai 2010 insya Allah
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

`Ammar Sahrim berkata...

mohon keizinan utk menyimpan beberapa gambar di atas