Sabtu, 15 Disember 2012

Ceramah "Enhancing Mental Capabilities" di UiTM Kampus Bandaraya Melaka


Program Ceramah Motivasi Pelajar
"Enhancing Mental Capabilities"
5 Disember 2012
Auditorium UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah dianjurkan olehJawatankuasa Pelajar Non-Residence (NR) Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka. Program ini telah berlangsung mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 5.30 petang.

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Sdr Syamsul yang baru sahaja selesai vberceramah di Kajang di sebelah paginya, tidak langsung menampakkan tanda-tanda keletihan tetapi sebaliknya berceramah dengan penuh bertenaga dan menarik minat mahasiswa dan mahasiswi yang telah berkesempatan hadir ke program ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: