Isnin, 31 Disember 2012

Ceramah "Rejuvenasi Minda" di JPA Putrajaya



28 Disember 2012, Putrajaya : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan bertempat di Dewan Mezzanine, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya. Program Seminar sehari ini telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan di JPA Putrajaya.

Program Ceramah Motivasi bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan" ini telah diadakan mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang dengan ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Ceramah ini diadakan bagi menyuntik semangat baru di kalangan para peserta dalam menghadapi cabaran baru di alam 2013 yang bakal tiba tidak beberapa hari lagi. Pelbagai tips serta teknik perubahan sikap dikongsi bersama dengan para peserta.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah buat pihak Jawatankuasa Penganjur di atas usaha serta inisiatif bagi menjayakan program yang bermanfaat seumpama ini. Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: