Sabtu, 15 Disember 2012

Pertandingan Akhir Debat Piala Naib Canselor USIM 2012


Pertandingan Akhir Debat Piala Naib Canselor
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
9 Disember 2012
Dewan Besar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Pertandingan Akhir Debat Piala Naib Canselor 2012 telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Besar USIM dengan menemukan pasukan dari Fakulti Ekonomi (FEM) dengan pasukan Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan (FSKP).

Tajuk yang telah dipertandingan adalah "Bantuan Kemanusiaan Lebih Diperlukan Daripada Bantuan Pembangunan". Pertandingan Akhir ini telah disempurnakan Majlis Perasmian Penutupannya oleh Prof. Datuk Dr. Mohamad Asin bin Dollah, Timbalan Naib Canselor USIM.

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah bertindak selaku Ketua Hakim Pertandingan Akhir dengan dibantu oleh 8 lagi hakim-hakim pertandingan akhir.

Akhir kata, syabas dan tahniah buat Kelab Debat & Pidato USIM di atas usaha serta inisiatif yang telah dimainkan bagi melahirkan bakat bakat baru selaku pelapis kepada barisan pendebat USIM masakini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: