Ahad, 16 Disember 2012

Ceramah Hari Inovasi di IKM Kuala Lumpur (Album 1)

14 Disember 2012, Kuala Lumpur : Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja bersempena dengan Sambutan Hari Inovasi peringkat Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur telah diadakan di sini. Program ini telah diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari. Di antara pengisian program yang telah dijalankan termasuklah ceramah Motivasi serta penyampaian pelbagai jenis anugerah dan pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di IKM Kuala Lumpur.

Program ceramah Motivasi berkaitan Inovasi telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau berceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda".

Turut hadir ke majlis ini ialah Tuan Saharuddin bin Hj Abd Hamid, Pengarah Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur. Beliau juga telah sudi menyampaikan ucapan perasmian program pada majlis berkenaan.

Dengan ini EDITOR ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat Tuan Saharuddin berserta dengan sekelian jawatankuasa penganjur di atas usaha serta inisiatif melaksakan program yang bermanfaat dan penuh bermakna sejajar dengan tahap IKM Kuala Lumpur yang telah diiktiraf selaku IKM yang terbaik di seluruh Malaysia. Tahniah diucapkan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.

(Album 1)


Disediakan oleh : EDITOR

*** Gambar-gambar dalam Album 2 boleh dilihat menerusi folder berikutnya. Terima kasih.

Tiada ulasan: