Ahad, 16 Disember 2012

Forum Perdana "Pengantin Menuju Ke Syurga" di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi

Forum Perdana "Pengantin Menuju Ke Syurga"
12 Disember 2012
Pusat Dakwah Islamiah, Paroi

12 Disember 2012, Seremban : Satu Program Forum Perdana dengan Tema "Pengantin Menuju Ke Syurga" telah dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Program Forum ini menampilkan ahli-ahli panel yang tidak asing lagi iaitu YBhg Ustazah Nik Norsaha binti Hj Nik Mohammad (Penceramah Bebas) selaku Ahli Panel Pertama dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) selaku Ahli Panel yang kedua. 

Forum pada kali ini bertajuk "Mahar Dariku Bukan Kadaran Mencari Habuan Dunia, Malahan Menebusmu Menuju Cinta-Nya". Forum ini telah dipengerusikan oleh Sdr Muhammad Zuhairi bin Ismail yang bertindak selaku Moderator Forum ini.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: