Rabu, 19 Mac 2014

Ceramah Maulidur Rasul 1435 Hijrah Ulu Inas, Johol

13 Mac 2014, Kuala Pilah : Satu Program Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah peringkat KEMAS Kampung Ulu Inas, Johol, Kuala Pilah telah diadakan bertempat di Bangunan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS Kampung Ulu Inas, Johol.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan pelbagai kisah serta contoh kemuliaan peribadi junjungan Nabi Muhammad SAW di sepanjang ceramah beliau.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: