Ahad, 9 Mac 2014

Debat Piala Naib Canselor USIM 2014, Pusat Tamhidi Juara Debat BM!!!

9 Mac 2014, Nilai : Satu Pertandingan Debat bagi merebut Piala Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan mulai 6 Mac 2014 hingga 9 Mac 2014. Sebanyak 52 pasukan dari pelbagai Fakulti termasuk Pusat Tamhidi (Matrikulasi) telah menyertai Pertandingan ini yang melibatkan 3 kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Paling mencuri perhatian tentunya Debat Bahasa Melayu yang merupakan acara kemuncak di mana pertandingan akhir telah berlangsung pada 9 Mac 2014 mulai jam 9.00 malam. Pertandingan akhir ini menemukan pasukan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) A bertemu dengan pasukan Pusat Tamhidi C.

Di dalam pertandingan akhir ini pasukan FSU A telah dipilih menjadi pihak Kerajaan menentang pasukan Tamhidi C selaku pihak Pembangkang. FSU A tampil dengan membawa usul "Media Sosial Wajar Disekat". 

Seramai 7 hakim yang telah menghakimi pertandingan akhir ini iaitu Sdr Norhalis Mohd Nor (Jawatankuasa Kerja Tertinggi ADAM), Sdr Rizal Safari (Jawatankuasa Kerja Tertinggi ADAM), Sdr Mohd Shameer (AJK ADAM), Sdr Zarinezam Ruzali (Pensyarah Fakulti Media dan Komunikasi Massa UiTM), Sdr Qayyum Musa (Alumni Debat USIM), Sdr Mohd Razlan (Alumni Debat USIM) dan juga tidak dilupakan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail (Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia - ADAM, merangkap Jurulatih Pasukan Debat Bahasa Melayu USIM). Sdr Syamsul Amri telah bertindak selaku Ketua Hakim.

Dengan ini EDITOR ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Kelab Debat dan Pidato USIM di atas kejayaan menganjurkan program yang sangat bermanfaat seperti ini. Begitu juga Jutaan Apresiasi buat Nurfarahin yang begitu bersungguh-sungguh dan bertungkus-lumus menjaga hal ehwal serta kebajikan barisan hakim daripada Alumni Debat Malaysia (ADAM). Mudah-mudahan kerjasama ini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa. 

Dengan ini juga dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ini berlangsung.

Suasana Perlawanan Pusingan Awal
Suasana di Malam Pertandingan Akhir

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: