Rabu, 19 Mac 2014

Ceramah Motivasi Pelajar di SMK Datuk Undang Jelebu (SMKDUJ)

17 Mac 2014, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar berfokuskan Pembentukan Sahsiah Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Jelebu (SMKDUJ) di Kuala Klawang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pemantapan Sahsiah & Kualiti Peribadi".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: