Isnin, 31 Mac 2014

Ceramah Motivasi "Simulasi Temuduga" di Masjid UKM Bangi

25 Mac 2014, Bangi : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar berkaitan dengan teknik-teknik temuduga telah diadakan khusus buat para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi. Program ceramah ini telah berlangsung di Bilik Seminar, Masjid UKM, Bangi.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Simulasi Temuduga dan Pembentukan Imej / Personaliti".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: