Isnin, 31 Mac 2014

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di UIAM PJ

24 Mac 2014, Petaling Jaya : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan bertempat di Mahallah Khadijah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya. Program ini diadakan khusus buat para Mahasiswi di UIAM Kampus Petaling Jaya.

Penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda & Kemahiran Komunikasi Berkesan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: