Khamis, 24 April 2014

ADAM Anjur Pidato Perpaduan 2014 Peringkat Kebangsaan

19 April 2014, Seremban : Satu Program Pertandingan Pidato Perpaduan 2014 Peringkat Kebangsaan telah dianjurkan oleh pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi bersama-sama dengan Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Di dalam pertandingan ini, sebanyak 15 peserta dari pelabagai negeri termasuk Brunei Darussalam telah menyertai pertandingan ini.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Ghazali bin Wahid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi. Turut sama hadir ke pertandingan ini adalah En Mohd Khalil bin Hj Ahmad, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sembilan dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Menerusi pertandingan ini, peserta dari Selangor, Sdr Hasif Idris telah dinobatkan selaku JUARA Edisi Pertama pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.





Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: