Isnin, 7 April 2014

Ceramah Motivasi Keusahawanan di STAN Seremban

7 April 2014, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan bersempena dengan Perhimpunan Pagi dan Perasmian Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah (STAN). Dengan tema "PSS Memupuk Generasi Usahawan" pelbagai acara telah dirangka bagi menjayakan program yang bermanfaat seperti ini.

Pada program perasmian ini juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah diundang untuk menyampaikan ceramah. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Motivasi Keusahawanan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: