Isnin, 14 April 2014

Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar SMKDUMA, Jelebu

11 April 2014, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 3 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa (SMK DUMA) yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM tahun ini. Ceramah ini telah berlangsung di Dewan Besar, SMK DUMA.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Budaya Capai Berprestasi Tinggi".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: