Isnin, 14 April 2014

Ceramah Seminar Ahli Majlis MD Tanah Merah, Kelantan

13 April 2014, Tanah Merah, Kelantan : Satu Program Seminar Peranan Serta Tanggungjawab Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah diadakan di Bilik Seminar Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pengenalan Peranan dan Tanggungjawab Ahli Majlis Mengikut Akta 171", "Pengalaman Pendakwaan Kes-Kes PBT Berkaitan Isu Penjaja, Burung Walit, Bangunan Tanpa Kebenaran, Tempat Letak Kereta dan lain-lain" dan "Cabaran dan Halangan Penguatkuasaan Undang-Undang di PBT".

Beliau telah berceramah mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang. Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan. 


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: