Isnin, 14 April 2014

Ceramah Motivasi "Membina Keluarga Bahagia" TNB Port Dickson

9 April 2014, Port Dickson : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan bertempat di Stesen Janaelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tuanku Jaafar, Port Dickson. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Minggu SHE (Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar) 2014.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Membina Keluarga Bahagia". Pelbagai tips serta panduan membimbing keluarga ke arah kebahagiaan telah dikongsikan disepanjang ceramah tersebut dilangsungkan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: