Ahad, 12 April 2015

Ceramah Motivasi Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Ketereh, Kelantan


12 April 2015, Kota Bharu : Satu Program Kursus Peranan dan Rejuvenasi Minda Ahli-Ahli Majlis dan Kakitangan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Ketereh. Ceramah tersebut berlangsung di Pusat Inovasi Kraftangan Kg Tunjong, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Peranan dan Fungsi Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)" dan "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan".

Sebaik sahaja selesai program para peserta telah berkesempatan membuat lawatan ke Galeri Kraf di sini.
 
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: