Isnin, 20 April 2015

Ceramah Motivasi Pelajar di SMK Bagan Terap, Selangor


20 April 2015, Selangor : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap. Program ini telah berlangsung mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Program ini telah berlangsung di Surau SMK Bagan Terap. Program ini juga merupakan sebahagian daripada siri Jelajah Kembara Ilmu yang diselaraskan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) Selangor.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda : Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan"

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: