Isnin, 27 April 2015

Ceramah Motivasi Keusahawanan Azam Tani anjuran LPNM di Hotel Ancasa Allsuites, PD


26 April 2015, Port Dickson : Satu Program Ceramah Motivasi Keusahawanan telah diadakan bersempena dengan Program Kursus Keusahawanan Azam Tani anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) melibatkan kira-kira 80 orang usahawan dari seluruh Negeri Sembilan dan Selangor. Program ini telah berlangsung di Hotel Ancasa Allsuites, Port Dickson.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Kompetensi Keusahawanan : Kuasa Minda Positif".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: