Khamis, 23 April 2015

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Diri" di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS)


23 April 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Bicara Ilmu : "Rejuvenasi Diri" telah diadakan bersempena dengan Majlis Pelancaran JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT. Program ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan bersempena dengan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2015

Program ini telah turut dihadiri oleh YB Dato' Hj Mohamad Razi bin Hj Kail, Pengerusi Jawatankuasa  Gerakan Membaca Negeri Sembilan dan program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Abd Razak bin Ab Said, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu.

Ceramah Motivasi Bicara Ilmu : "Rejuvenasi Minda" telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah dengan penuh bersahaja dan mendapat respon yang baik di kalangan hadirin yang hadir.

Di dalam program ini juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail telah menerima Sijil SAHABAT PERPUSTAKAAN yang telah disampaikan oleh YB Tuan Abd Razak Ab Said.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: