Khamis, 2 April 2015

Ceramah Motivasi Keluarga di LPPKN, Seremban


2 April 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah dianjurkan oleh pihak Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) bertempat di Dewan LPPKN, Seremban 2, Seremban. Para peserta yang diundang terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai agensi dari seluruh Negeri Sembilan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Semakin Hari Semakin Hambar". Pelbagai tips keharmonian serta pembangunan keluarga telah dikongsikan oleh penceramah menerusi sesi ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: