Jumaat, 24 Jun 2011

Ceramah Kekeluargaan Anjuran PAID Jempol

22 Jun 2011, Jempol : Satu program Seminar Keluarga "Suami Isteri : Pasanganku Syurgaku" telah diadakan di Dewan Felda Raja Alias, Jempol. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Jempol. Penceramah jemputan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Program ini telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk persekitaran serta kakitangan-kakitangan agensi kerajaan di dalam daerah Jempol ini.

Sdr Syamsul memulakan slot pertama pada jam 9.00 pagi dengan tajuk "Solat, Teuropatik Kebahagiaan" dan tajuk kedua "Ikhlaskan Hatimu Jika Kau Mencintaiku" yang dimulakan pada jam 11.00 pagi.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah di atas kejayaan penganjur di dalam menjayakan program yang baik serta bermanfaat ini. Berikutnya dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: