Khamis, 30 Jun 2011

Motivasi "Kenali Diri Anda" di SMK Zaaba, Kuala Pilah

24 Jun 2011, Kuala Pilah : Satu seminar telah diadakan bertempat di Sekolah Sukan negeri Sembilan - SMK Zaaba, Kuala Pilah. Seminar ini telah dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah dan Sekolah Sukan Negeri Sembilan, SMK Zaaba. Program seminar ini berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Penceramah undangan bagi program seminar ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau memulakan ceramah dengan slot 1 bertajuk "Kenali Diri Anda: Jauhilah Aku Dari Maksiat Dunia Ya Allah". Slot 1 ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi. Slot kedua disambung kembali pada jam 11.00 pagi dengan tajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" juga oleh Sdr Syamsul.

Sebaik sahaja selesai ceramah, majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Mat Rohani bin Mat Kamar, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah di atas kejayaan serta inisiatif penganjur di dalam menjayakan seminar yang cukup murni demi mempertingkatkan sahsiah serta akhlak remaja di negara ini.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: