Khamis, 23 Jun 2011

Ceramah "Semakin Hari Semakin Sayang" di Surau Taman Jasmin, Kajang

18 Jun 2011, Kajang : satu Ceramah "Semakin Hari Semakin Sayang" telah diadakan bertempat di Taman Jasmin, Kajang. Ceramah ini telah berlangsung di Surau Taman Jasmin, Kajang. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan & Khairat Kematian, Surau dan Unit Pemadam Taman Jasmin dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor.

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah yang disampaikan oleh beliau berlangsung selama dua jam bermula jam 8.00 malam hinggalah ke jam 10.00 malam.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah kepada urusetia program di atas kejayaan menganjurkan program yang bermanfaat serta berfaedah untuk pembangunan keluarga Islam ini.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: