Khamis, 30 Jun 2011

Ceramah SSDE di Kg. Melayu Subang

24 Jun 2011, Subang : satu lagi siri jelajah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) telah diadakan, kali ini diadakan bertempat di Kg. Melayu Subang. Program ini seperti biasa bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam.

Di antara penceramah yang dijemput hadir adalah YBhg Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) serta YBhg Ustaz Kamal Saidin, Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu. Program telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YB Dato' Hj Mohd Bushro bin Mat Johor, Ketua UMNO Bahagian Subang. Turut hadir, YBhg Megat Firdauz Megat Junid, Timb. Ketua UMNO Bahagian Subang.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program tersebut berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: