Jumaat, 24 Jun 2011

Ceramah Motivasi Kementerian Sumber Asli di ILIM

23 Jun 2011, Bangi : Satu ceramah pemantapan prestasi pekerja telah diadakan bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Ceramah bertajuk "Pemantapan Prestasi, Kualiti dan Mutu Kerja" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah ini telah disampaikan mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi.

Ceramah ini telah disampaikan kepada para pegawai daripada Jabatan-Jabatan yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Asli di Putrajaya. Ceramah tersebut telah berlangsung dengan ceria dan meriah sekali. Dengan ini dikongsikan gambar-gambar ketika ceramah tersebut berlangsung untuk tatapan semua.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: