Ahad, 22 Julai 2012

Ceramah "Jika Kau Rindu..." Untuk JKR Perak, Ipoh

Ipoh, Perak : Satu Ceramah berkaitan kekeluargaan telah diadakan bertempat di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Ceramah ini telah berlangsung mulai jam 10.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.

Program ceramah ini merupakan program bersempena dengan Program Karnival Hari Wanita JKR Negeri Perak Darul Ridzuan. Program ini nyata mendapat sambutan apabila Dewan JKR Perak ini dipenuhi oleh pegawai serta kakitangan yang berkesempatan hadir.

Ceramah bertajuk "Jika Kau Rindu, Pandang Wajah Dinda" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Di dalam ceramah beliau turut menekankan dari aspek persediaan, peranan, serta tanggungjawab wanita sebelum meyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

Suasana ketika Sdr Syamsul (Presiden) bersama En Yusof dan En Kamarul ketika baru tiba di penginapan di Hotel Tower Regency, Ipoh
Suasana ketika Sdr Syamsul, Kamarul dan Yusof menikmati sarapan pagi
Sempat merakamkan gambar suasana di Hotel Tower Regency
Ketika menyampaikan ceramah....
Gelagat para peserta yang hadir...
Penuh dengan suasana yang ceria dan menghiburkan...
Tetamu jemputan turut tidak dapat menahan ketawa
Suasana di meja makan sebaik sahaja Sdr Syamsul selesai berceramah
Sdr Syamsul menerima cenderahati daripada Pn Haliza Sipun (Ketua Penolong Pengarah JKR Perak [Bahagian Pentadbiran & Kewangan]) sebagai tanda terima kasih
Ketika perjalanan pulang, sempat singgah di Restoran Adam Lai (milik bersama pelakon terkenal Ebby Yus) di Shah Alam, Selangor
Sempat bergambar kenangan di perkarangan Restoran Adam Lai

Disediakan oleh : EDITOR

** Gambar-gambar penuh keseluruhan program boleh disaksikan menerusi folder berikutnya di dalam Folder Album 1, 2, 3 dan 4. Selamat Menonton !!!

1 ulasan:

KDBM STAR IPOH berkata...

salam moho dipautkan blog kdbm star ipoh..terima kasih