Rabu, 18 Julai 2012

Ceramah Motivasi Remaja di Masjid Jamek Rembau


18 Julai 2012, Rembau : Satu Program Ceramah Motivasi Remaja telah diadakan bertempat di Masjid Jamek An-Nur di Rembau. Program ini merupakan program anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Rembau (PAIDR). Program ceramah ini telah dihadiri kira-kira 80 orang pelajar.

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah menerusi dua slot iaitu ceramah bertajuk "Kasih Sayang Ibu Bapa Membawa Ke Syurga" dari jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi dan juga ceramah bertajuk "Ilmu Diberi Amalan Dicari" mulai jam 10.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

EDITOR dengan ini mengucapkan syabas dan tahniah buat pihak PAIDR di atas inisiatif dan usaha menjayakan program ini sejajar dengan permasalahan remaja yang kian menular. Adalah diharapkan agar menerusi ceramah ini, sedikit sebanyak membawa perubahan kepada cara pemikiran serta minda para peserta.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nama saya azira . saya salah seorang pelajar yang menyertai kem bina taqwa petang tadi . saya bersekolah di SMA Rembau . saya amat suka akan ceramah Uztaz Syamsul ptg tadi.. bestlaah. takde pencermah yg hebat selain ustaz . terima kasih bagi pengajaran yg kami dengar ceramah tadi. terima kash kepade ustaz , bg wakilkan rakan saya . salam