Ahad, 22 Julai 2012

Ceramah "Penghayatan Ramadhan" di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban


19 Julai 2012, Seremban : Satu Program Ceramah Penghayatan Ramadhan telah diadakan bertempat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS). Ceramah ini telah dianjurkan khas buat semua Pegawai, Kakitangan dan Pesakit-Pesakit HTJS yang beragama Islam.

Penceramah undangan bagi program ini ialah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang sejajar dengan persediaan umat Islam untuk menyambut ramadhan yang dijangka bermula pada 21 Julai 2012.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: