Khamis, 5 Julai 2012

Seminar Pegawai JKR Perak di Port Dickson

Seminar Peningkatan Sahsiah & Pengukuhan Pasukan
Untuk Jurutera & Pegawai 
Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak
3 Julai 2012 - 5 Julai 2012
Di Eagle Ranch Resort, Port Dickson

Satu seminar telah diadakan khusus buat para Jurutera dan Pegawai yang bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak. Seminar ini dikoordinasikan oleh Pn Halizah Sipun di mana seminar ini telah dinamakan sebagai Seminar Peningkatan Sahsiah dan Pengukuhan Pasukan. Seminar ini telah berlangsung di Eagle Ranch Resort, Port Dickson.

Seminar telah berlangsung pada 3 Julai 2012 hingga 5 Julai 2012 dengan dihadiri kira-kira 50 orang peserta. Turut hadir sama ialah Tn Hj Ahmad Badove bin Hj Anuar, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pada 4 Julai 2012, program telah dimulakan dengan program Riadhah yang telah dikendalikan oleh Sdr Kamaruzzaman Yaacob, iaitu merupakan Jurulatih daripada Intellectual Orator Consultant (IOC). Program Riadhah bleiau telah berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga ke jam 8.30 pagi. Beliau juga turut mengendalikan program Riadhah pada pagi 5 Julai 2012.

Seterusnya program ceramah telah turut berlangsung dengan tajuk "Peningkatan Sahsiah & Pengukuhan Pasukan" di mana ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah dari jam 9.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak urusetia yang telah menjayakan program ini dan didoakan agar tenaga kerja di JKR Perak akan lebih berjaya dan cemerlang di masa-masa akan datang. Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

(Album 1)


Disediakan oleh : EDITOR

Lain-lain gambar boleh dilihat menerusi folder berikutnya. Terima kasih

2 ulasan:

ashikin.suid berkata...

thanks to ADAM di atas sesi senaman pagi serta ceramah yang begitu menarik. Anyway,terdapat sedikit kesilapan berkaitan nama timbalan pengarah iaitu
Tuan Hj.Ahmad Baidove bin Hj. Anuar, Timbalan Pengarah Kerja Raya Perak. =)

Alumni Debat Malaysia berkata...

Assalamualaikum ashikin.suid. Terima kasih di atas maklumbalas. Pihak EDITOR kami memohon maaf di atas kesilapan ejaan nama tersebut dan Alhamdulillah, kesilapan ejaan tersebut telah diambil maklum dan juga telah diperbetulkan.

Terima kasih sekali lagi... Jumpa lagi di Ipoh nanti !