Selasa, 10 Julai 2012

Ceramah Pengurusan Perkahwinan di ILIM, Bangi

9 Julai 2012, Bangi : Satu Program Kursus Pengurusan Keluarga (Pasca Perkahwinan) telah diadakan bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Program ini berlangsung mulai 9 Julai 2012 hingga 12 julai 2012. Program ini melibatkan kira-kira 35 orang Pegawai Hal Ehwal Islam / Gred S41 yang secara majoritinya berkhidmat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur

Di antara penceramah yang diundang berceramah di dalam program ini ialah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Kemahiran Keibubapaan" dan "Kemahiran Komunikasi Serta Kepentingannya Dalam Sesebuah Perkahwinan".

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang ceramah Sdr Syamsul berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: