Ahad, 29 Julai 2012

Ceramah Motivasi Pelajar di SMK Simpang Gelami (Album 1)

29 Julai 2012, Jelebu: Satu Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2012. Program ini diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Gelami, Kuala Klawang, Jelebu.

Program ceramah ini yang sepatutnya berlangsung selama dua jam telah berlanjutan menjadi 3 jam ekoran daripada respon yang menggalakkan daripada para guru dan pelajar yang hadir. Program berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.

Ceramah bertajuk "Menjadi Pelajar Berjaya, Menjana Masa Hadapan Yang Gemilang", telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Turut hadir ke program ini adalah Tuan Hj Rosdin bin Kasim (Pengetua SMK Simpang Gelami), Puan Salmah bt Jaafar (GPK 1) En Mahat bin Ujang (GPK HEM), serta Pn Azriah bt Mohd Azmir yang bertindak selaku Penyelaras Program Ceramah Motivasi ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung. 

(Album 1)



Disediakan oleh : EDITOR

** Gambar-gambar lain boleh disaksikan di dalam folder berikutnya.

2 ulasan:

  1. Semoga dengan program ini anak2 pelajar mendapat suntikan semangatyang berganda2 utk menghadapi kecemerlangan dalam PMR dan SPM seterusnya memacu kegemilangan SMKSG....
    Buat ADAM, terima kasih diatas kerjasama...suatu program yg sgt menyeronokkan...
    - umie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Umie, di atas ulasan yang diberikan. Kami juga berharap agar-agar anak-anak ini memulakan langkah gigih mereka untuk menempa kecemerlangan di masa hadapan.

      - Presiden ADAM -

      Padam