Jumaat, 22 Februari 2013

Ceramah Belia Ketika Penyampaian BR1M di Pantai


21 Februari 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi khusus buat para belia telah diadakan bertempat di Balai Raya Kampung Pantai. Program ini diadakan bersempena dengan penyampaian bantuan BR1M 2.0 kepada belia dan beliawanis yang telah berkesempatan hadir ke sana.


Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Sdr Syamsul (gambar) menyatakan tentang pentingnya golongan belia mengubah imej diri menjadi seorang belia yang berjaya, serta menjanakan semangat tanamkan diri dengan sifat yang baik agar boleh berjaya memastikan mereka menjadi golongan yang diharapkan untuk memacu masa hadapan negara.

Turut hadir sama ke program ini adalah YB Tuan Mustafa bin Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga Pn Wan Salwati bt Wan Abdullah.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: