Ahad, 17 Februari 2013

Ceramah Motivasi Keibubapaan di SK Seri Iman

16 Februari 2013, Kemaman : Satu Program Ceramah Motivasi Keibubapaan telah dilangsungkan bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman, Terengganu. Program ini dilangsungkan bersempena dengan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Turut hadir ke program ceramah ini adalah YBhg Cikgu Affendi Kamaruddin, Guru Besar SK Seri Iman, En Rosli Ahmad, Mantan YDP PIBG SK Seri Iman, YBhg Datuk Sharif Ahmad, Setiausaha, Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara dan juga tidak ketinggalan pertubuhan NGO termasuklah Palestinian Cultural Organisation Malaysia.

Penceramah Motivasi undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bermula jam 11.00 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari sebaik sahaja selesai ceramah disebelah paginya di Dewan Orang Ramai Kampung Gong Balai, Kemaman.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: