Ahad, 17 Februari 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" Pejabat Tanah Segamat

16 Februari 2013, Port Dickson : Satu Program Ceramah Motivasi khusus buat para pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Segamat telah diadakan bertempat di Bayu Beach Resort di Port Dickson. Program ceramah motivasi ini telah berlangsung mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Program Ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah berkongsi pelbagai tips serta idea bagi merejuvenasikan minda dan pemikiran para peserta. 

Rejuvenasi atau maksudnya "meremajakan" merupakan satu konsep penting yang perlu difahami bagi memastikan para peserta dapat menyesuaikan diri dengan peredaran zaman serta perkembangan masakini yang kian mencabar bagi memastikan setiap organisasi kekal relevan mendepani setiap cabaran yang mendatang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah seempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: