Isnin, 4 Februari 2013

Ceramah Motivasi Pelajar SMK Telok Datok, Banting


03 Februari 2013, Banting : Satu Program Motivasi Pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Datok, Banting, Selangor Darul Ehsan. Program ini diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 sekolah berkenaan. Terdapat kira-kira 300 orang pelajar hadir memenuhi Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Datok ini.

Ceramah telah berlangsung mulai jam 10.00 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari. Dengan tajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan", ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Ceramah beliau nyata tidak membosankan apabila berjaya menarik minat serta menggamatkan suasana di dalam dewan meskipun ceramah tersebut berlangsung selama 2 jam setengah.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: