Isnin, 25 Februari 2013

Ceramah Motivasi Warga Emas di Rumah Seri Kenangan (RSK)


24 Februari 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi khusus buat Warga Emas telah diadakan bertempat di Rumah Seri Kenangan (RSK) Seremban. Program ceramah ini merupakan anjuran bersama RSK, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Program ceramah telah berlangsung mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Menerusi ceramah beliau, beliau telah berkongsi dengan semua pendengar perihal menggunakan akal dan fikiran sebaik-baiknya, memiliki kesabaran yang tinggi di usia tua ini, terus menerus memaparkan akhlak yang baik di kalangan masyarakat serta sentiasa berusaha memenuhkan masa lapang dengan menuntut ilmu menerusi program-program yang dianjurkan oleh agensi-agensi ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: