Ahad, 17 Februari 2013

Ceramah Isu Semasa di Kg. Bemban, Mambau

17 Februari 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Bemban, Mambau, Seremban, Negeri Sembilan.Program ini telah dilangsungkan mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Turut hadir ke program ini adalah En Ahmad bin Arshad, Ketua Cawangan UMNO Cawangan Kg. Bemban, Tn Hj Shaharudin, Pengerusi Tetap merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Pilihanraya Peti Undi Kg. Bemban, Tn Hj Jumat, Pengerusi JKKK Kampung Bemban dan juga Tn Hj Abd Rahman Munchak, Nazir Masjid Kg. Bemban.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan pada majlis berkenaan untuk tatapan bersama.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: