Ahad, 16 Jun 2013

Bengkel Debat Ala Parlimen di SMISTA Bandar Tun Razak, Cheras

12 Jun 2013, Kuala Lumpur : Satu Program Bengkel Asas Perdebatan Ala Parlimen Malaysia telah berlangsung di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Program ini diadakan bagi tujuan mendedahkan para pelajar-pelajar dengan teknikal debat ala parlimen Malaysia yang sebenar.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menghuraikan berkaitan teknikal perdebatan ala parlimen Malaysia kepada para peserta mulai jam 9.30 pagi hingga ke jam 2.30 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: