Ahad, 16 Jun 2013

Ceramah Motivasi "Ke Mana Sehangatnya Asmara?" di Bandar Baru Bangi

13 Jun 2013, Bangi : Satu lagi ceramah iaitu Ceramah Siri II dengan tajuk "Ke Mana Hangatnya Asmara" telah diadakan bertempat di Surau Taman Seri Bangi, Bandar Baru Bangi. Program ceramah ini telah berlangsung mulai jam 8.00 malam hingga ke jam 9.30 malam dan nyata mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan jemaah surau di sini.

Program ini akan tiba ke kemuncaknya apabila Siri III yang turut dibuka kepada orang luar akan berlangsung pada 22 Jun 2013 ini dengan tajuk "Adam & Hawa : Setia Ke Hujung Nyawa". 

Seperti biasa penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung baru baru ini.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: