Jumaat, 28 Jun 2013

Ceramah Motivasi "Terapi Hati Sucikan Diri" anjuran LPPKN

25 Jun 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi telah dianjurkan oleh pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan. Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Pavillion, LPPKN Seremban 2, Seremban.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Terapi Hati Sucikan Diri".

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang ceramah tersebut dilangsungkan.


 Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: