Khamis, 20 Jun 2013

Ceramah Motivasi Kekeluargaan "Ombak Rindu" di SK Peradong

20 Jun 2013, Jelebu : Satu Program Ceramah Kekeluargaan Ombak Rindu 2013 telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Peradong, Jelebu. Program ini melibatkan penyertaan para ibu bapa kepada pelajar-pelajar di SK Peradong.

Program ini telah turut dihadiri oleh YBhg En Abd Halim Abu, Yang DiPertua PIBG SK Peradong dan juga Pn Siti Shamsida Shahabudin, Guru Penolong Kanan 1 SK Peradong.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ombak Rindu" mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program ceramah tersebut dilangsungkan.

 

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: