Khamis, 20 Jun 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di Jabatan BOMBA Putrajaya

19 Jun 2013, Putrajaya : Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja telah diadakan bertempat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, di Prescint 7, Putrajaya. Program ceramah ini berlangsung di Dewan Sutera, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut hadir ke program ini adalah Pn Norhanis Nai, Penolong Pengarah, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, dan En Shukri Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Psikologi.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda" mulai jam 9.30 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: