Jumaat, 28 Jun 2013

Ceramah Motivasi "Integriti" anjuran PAID Kuala Pilah

25 Jun 2013, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Motivasi telah dianjurkan oleh pihak Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah bertempat di Dewan Orang Ramai Kuala Pilah. Program ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 tengahari.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden  Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pekerja Berintegriti Negara Berkualiti".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: