Khamis, 29 Mei 2014

Ceramah Isu-Isu Semasa di PDM Sungai Samak

27 Mei 2014, Teluk Intan : Satu Program Ceramah Isu-Isu Semasa telah diadakan bersempena dengan Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. Program ini telah diadakan bertempat di Kedai Turiman, Kg. Bagan Lalang, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Samak, Teluk Intan.

Penceramah yang telah hadir ke program ini adalah YBhg Ustaz Long Kechik (Penceramah Penerangan UMNO Malaysia), YB Datuk Aziz Kiprawi (Timbalan Menteri Pengangkutan) dan YBhg Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail (Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia - ADAM / Penceramah Penerangan UMNO Malaysia).

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung. 


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: