Ahad, 18 Mei 2014

Ceramah Kemahiran "Public Speaking"

6 Mei 2014, Shah Alam : Satu Program Kursus Kemahiran Pengucapan Awam telah diadakan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Program ini telah dikendalikan oleh pihak High Step Consultant di bawah kelolaan Ustaz Elyas Ismail, iaitu personaliti Motivator yang tidak asing lagi di negara kita. Program ini telah berlangsung pada 5 Mei 2014 hingga 6 Mei 2014 bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam.

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Persediaan Sebelum Memberi Ucapan" dan "Teknik Menarik Minat Audiens".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah beliau dilangsungkan.


 

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: