Ahad, 4 Mei 2014

USIM Juara Debat Kesihatan 2014 di UKM KL

4 Mei 2014, Kuala Lumpur : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya muncul sebagai juara Pertandingan Debat Kesihatan 2014 bertempat di Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pertandingan akhir ini mempertemukan pasukan USIM menentang pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM). Tajuk yang diperdebatkan di pertandingan akhir ini adalah "Euthanasia Harus Dibenarkan di Malaysia".

Nur Syazana, Pendebat Kedua dari USIM pula telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik pertandingan akhir.

Pertandingan Akhir ini telah dihakimi oleh tiga orang panel hakim dengan diketuai oleh Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Dengan ini EDITOR ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat Jawatankuasa Penganjur di atas kejayaan menganjurkan program yang julung-julung kali diadakan ini. Dengan ini juga dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: