Khamis, 29 Mei 2014

Ceramah Kuliah Subuh Karnival Belia di Putrajaya I

24 Mei 2014, Putrajaya : Satu Program Ceramah Kuliah Subuh telah diadakan bersempena dengan Karnival Hari Belia 2014 bertempat di Perkampungan Merah Jambu (Pink Village) di Putrajaya. Antara lain penceramah menerangkan kepada para belia yang berkesempatan hadir untuk sama-sama mempersiapkan dalaman diri masing-masing dengan nilai pengukuhan agama bagi menghadapi cabaran yang mendatang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.




Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: