Isnin, 19 Mei 2014

Ceramah Motivasi Kekeluargaan & Keibubapaan di Serting Hilir 6

19 Mei 2014, Jempol : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan dan Keibubapaan telah dianjurkan oleh pihak KEMAS DUN SERTING. Program ini telah berlangsung di Balai Raya, Felda Serting Hilir 6, Jempol.

Penceramah yang telah diundang ke program ini merupakan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah berkesempatan berkongsi segala tips-tips kebahagiaan keluarga serta perkara-perkara yang tersilap tanggapan setiap individu yang tersilap membuat penilaian di dalam menempuh alam kehidupan berkeluarga.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: